Wednesday 20 December 2023

Akmal Saleh - a role model Umno hypocrite

Share to help stimulate good governance, ensure future of people & M’sia

No News Is Bad News

From Facebook and its original caption: This shit hypocrite, UMNO Youth Chief who rejects UEC (Chinese School Examination Certificate) is seen picking up his daughter who attends a Chinese school. What a joke . Do viral this.

Akmal Saleh - a role model Umno hypocrite

KUALA LUMPUR, Dec 21, 2023: Truly, a picture is worth a thousand words.

Umno Youth chief Dr Akmal Salleh is pictured picking up his daughter who attends a Chinese school.

And, he has been objecting to the recognition of the Unified Examination Certificate (UEC) Senior Middle Level which is offered through the Malaysian Independent Chinese Secondary Schools.

Why then send your daughter to a Chinese school?

No News Is Bad News reproduces below a background on Akmal:

Akmal Saleh is new Umno Youth chief, says Asyraf

Akmal Saleh is the assemblyman for Merlimau and Melaka executive councillor for health and anti-drugs.

FMT Reporters - 11 Mar 2023, 10:38pm

Dr Akmal Saleh, a state executive councillor in Melaka, is reported to have secured the Umno Youth chief’s post. (Facebook pic)

PETALING JAYA: Unofficial results in Umno’s elections show that Melaka assemblyman Dr Akmal Saleh has won the post of Umno Youth chief, according to the retiring leader Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf said Akmal had managed to garner the votes of 102 divisions so far, passing the 96 needed to win the post. Umno has a total of 191 divisions.

His rivals for the post were Paya Besar MP and former deputy finance minister Shahar Abdullah, senator Arman Azha Abu Hanifah and Meor Hassan Mat Ali.

Akmal represents Merlimau in the Melaka state assembly and is a state executive councillor for health and anti-drugs. He is also the deputy head of Melaka Umno Youth.

The post of national Youth leader fell vacant when Asyraf decided not to seek re-election. He had been appointed Umno Youth chief in 2018 after the fall of the Barisan Nasional government.

From his Facebook:

 

Dr Akmal Saleh

*Polemik UEC: Kenapa Saya Perlu Persoalkan dan Tugas Kami Sebagai Cermin Kerajaan.*

By Dr Akmal Saleh

Semasa saya belajar di Russia, saya sempat berkenalan dengan ramai rakyat Malaysia, ada yang belajar di sana, ada yang datang untuk melawat rakan-rakan di Universiti saya. Kebanyakannya juga seperti saya merupakan pelajar bidang perubatan. Ada yang miskin, ada yang kaya raya, dari semua bangsa. Setiap dari kami tanam harapan untuk berkhidmat suatu hari nanti di tanah air, untuk bantu merawat anak Malaysia.

Semasa housemanship di Hospital Ampang – housemanship ibarat practical training untuk graduan perubatan, seperti chambering untuk graduan undang-undang - saya berkesempatan untuk berjumpa dengan beberapa rakan graduan perubatan saya sekali lagi di Kuala Lumpur, alangkah terkejutnya saya apabila ada antara mereka yang masih tidak diterima untuk housemanship. Tanya kenapa, rupanya mereka tidak boleh diterima institusi Malaysia kerana mereka tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), maklumlah, ada antara mereka yang belajar di luar negara dari kecil. Jadi mereka perlu mengambil SPM July Paper.

Mereka kecewa tetapi mereka faham dan menghormati perlembagaan negara. “Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung” kata salah seorang dari mereka, akur.

*UEC, Aliran Agama & Tokenisme*

Apabila kerajaan negeri Melaka membuat keputusan untuk menerima Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai salah satu syarat sah untuk pengambilan perkhidmat awam di negeri Melaka, saya asyik teringat nasib rakan saya yang terpaksa mengambil kembali SPM July Paper walaupun merupakan graduan perubatan, sekiranya mahu berkhidmat dengan kerajaan Malaysia.

Apa kelebihan UEC sehingga mendapat tempat istimewa sebegitu? Dimana peruntukan untuk UEC dalam perlembagaan negara sehingga tempatnya lebih tinggi dari sijil sarjana luar negara? Apa kelebihan UEC berbanding Sijil Aliran Agama Islam di Malaysia? Kita perlu meletakkan sesuatu di tempatnya, supaya kelak tidak dijadikan kayu aras dimasa hadapan.

Perlukah kerajaan negeri Melaka diingatkan bahawa UEC bukan sebahagian Dasar Pendidikan Kebangsaan? Perlu diingatkan bahawa UEC langsung tidak mengikut silibus yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (walaupun peperiksaan tersebut berlangsung di Malaysia). Barangkali pejabat Tuan Ketua Menteri Melaka perlu diberi satu Salinan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk ditelaah sebaik mungkin maqasidnya (higher objective).

*Bukan Isu Kaum Tetapi Isu Pembinaan Negara*

Bukan semua rakyat Malaysia etnik Cina ialah pemegang UEC, itu jelas. Tahun 2018, hanya 80 buah sekolah yang menyediakan UEC. Bagaimana pula nasib etnik Cina yang tergelumang dan bertanding dengan pelajar pelajar STPM/SPM yang ramai, disandarkan pula dengan system pemarkahan mengikut graph yang fluctuate. Di mana keadilan kepada mereka? Apa guna mereka mengambil dan bertungkus lumus di sekolah kebangsaan jika nilainya sama juga dengan UEC?

Sekiranya nilai UEC sama sahaja dengan STPM dan SPM, buat apa perlu ke sekolah kebangsaan? Bukankah lebih mudah belajar sesuatu dalam Bahasa ibunda kita? Umur perlu sedar bahawa ini bukan isu kaum! Ini ialah isu pembinaan bangsa dan negara. Saya mahu anak saya membesar dengan rakan etnik cina dan india disisinya, untuk belajar nilai toleransi, dan nilai assimilisasi, saya mahu anak saya kenal bangsa yang juga banyak membantu membina negara Malaysia ini. Saya mahu mereka sedar bahawa semasa Tunku Abdul Rahman ke London untuk membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu, mereka semua berkongsi bilik bersama orang cina dan india. Mereka komponen penting dalam sejarah negara kita.

Tetapi mana mungkin anak-anak saya faham nilai toleransi dengan kaum lain sekiranya nanti setiap bangsa hanya belajar di sekolah Bahasa masing-masing? Mana mungkin kita bina persefahaman tanpa assimilisasi? Cukuplah 50 tahun system pelajaran Malaysia memisahkan anak-anak kita.

*Malaysia-Baru, tetapi Tuan Adly Zahari?*

Malaysia bukanlah sebuah negara yang sempurna, negara semuda kita dengan perlembagaan yang diwarisi zaman kolonial juga masih work-in-progress. Kemelut-kemelut politik yang kita hadapi ialah indikasi bahawa perlembagaan negara kita masih ada ruang untuk diperbaiki. Yang jelas ialah perlembagaan dibuat dengan niat untuk membawa kebaikan di masa hadapan. Dasar Pendidikan Kebangsaan dirangka dengan harapan membina sebuah negara-bangsa yang makmur.

Malaysia baru pasca PRU-14 merupakan tempat yang bagus untuk kita semua bina dan merangka masa hadapan kita, namun apa gunanya kalau Tuan Adly Zahari masih dilanda kesombongan yang diwarisi oleh pemerintahan dulu kala?

Polisi yang tidak terbuka untuk berdialog, sifat berdiam diri apabila di persoalkan, keengganan untuk menerima cadangan penambahbaikkan, barangkali di mata Tuan Adly Zahri ini semua merupakan resipi terbaik untuk membina sebuah negara baru yang diidamkan semua.

Pemuda UMNO Jasin sedia berubah, demi memajukan anak bangsa dan membantu hala tuju negara. Kami sedia bekerjasama dengan sesiapa demi kebaikan bersama. Doa kami Tuan Adly Zahari juga berubah hati untuk bekerjasama untuk kebaikan Melaka.

Wallahualam.

*P.S*: Tuan Adly Zahari, tanggungjawab kita ialah pada rakyat Melaka, bukan pada Putrajaya.

*Dr Akmal Saleh*

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Jasin

No comments:

Post a Comment