Monday, 24 October 2016

4,000 crowd at Pribumi’s public rally in Malacca



4,000 crowd at Pribumi’s public rally in Malacca

Some 4,000 people turned up at a Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) public rally in Malacca last night (Oct 23, 2016).

It sure looks like Pribumi, led by Dr Mahathir Mohamad and Muhyiddin Yassin, is starting to gather political steam and momentum to shake the Umno-led Barisan Nasional (BN) ruling coalition.

For the benefit of No News Is Bad News Bahasa Malaysia-literate visitors and readers, we reproduce a Bahasa Malaysia blog posting that shares six video clips of the rally speakers:

"VIDEO PANAS: BERSATU SERANG MELAKA

Malay, Politics | October 24, 2016 by | 0 Comments


Semalam kepimpinan Bersatu telah menyerang negeri Melaka dengan mengadakan beberapa program sekitar Melaka dan berakhir di Dataran Hamas Jasin yang menyaksikan kehadiran hampir 4 ribu rakyat yang mahu mendengar ceramah dari Tun Mahathir,

Muhyiddin, Mukhriz dan pemimpin muda Bersatu Melaka iaitu saudara Rafik.

untuk Bahagian 1 ini, saya kongsikan sedutan rakaman saudara Rafik dan Mukhriz. Bahagia Kedua nanti saya akan kongsikan rakaman Muhyiddin dan Tun Mahathir.

Zaman Najib Apapun Takde Sedangkan Cukai GST Tinggi, Subsidi Pula DiTarik

https://www.youtube.com/watch?v=FvZhUAwTLXQ

– Saudara Rafik mempertikaikan kelogikannya isu Derma 2.6 bil yang disifatkannya cuba memperbodohkan rakyat yang mampu berfikir

– mempersoalkan janji Najib yang mahu menyelesaikan hutang 1MDB dalam masa 6 bulan yang dibuatkan lebih setahun lalu

– membandingkan zaman Tun Mahathir yang ketika itu negara berhutang RM100 bil tapi rakyat dapat melihat hasilnya seperti Putrajaya, KLCC dan lain2. Tidak ada GST dan rakyat tetap menikmati pelbagai subsidi beras, minyak, gula … Zaman Najib pula, sudahlah kutip GST banyak, apa pun takde untuk dibanggakan, semua subsidi ditarik balik !

Tiga Kali DiCabar Umno, Kini Nak Pujuk Balik Masuk Umno … Boleh Belah laaa…

https://youtu.be/KWnOoLz92Ug

– Mukhriz menceritakan tentang cabaran yang beliau dan rakan2 terima dari pemimpin2 Umno semasa masih dalam Umno lagi. Cabaran untuk menyatakan pendirian sokongan kepada Najib dan beliau jawab, Saya tidak sokong PM.

– Cabaran Kedua pula supaya keluar Umno jika tak sokong Najib dan beliau buat keputusan untuk terus bersuara dalam Umno sambil menunggu diambil tindakan buang parti oleh Umno

– Cabaran Ketiga dari pemimpin Umno adalah supaya buka parti baru maka lahirlah PPBM

– Kini Umno cuba pula memujuk beliau kembali kepada Umno ! Dah cabar 3 kali, lepas tu dia boleh ajak kita balik ke Umno pulak.

– Dengan tegas Mukhriz menyatakan, Parti PPBM adalah parti yang akan kekal dalam Malaysia dan tidak akan sekali2 balik kepangkuan Umno. Tak mungkin terjadi.

Malah silap2, parti Bersatu ni kekal, parti Umno itu yang tidak kekal agaknya !

Jika Terus Pilih BN Kerana Brim, Sampai Bila2lah Nasib Tidak Akan Berubah

https://youtu.be/BqTahnAu8Qc

– Jika rakyat merasakan termakan budi BR1M dan terus menyokong Umno BN, sampai bila2lah rakyat akan terus mengadu dan merintih tanpa berlaku sebarang perubahan.

– Tapi jika rakyat sudah jemu dengan karenah kepimpinan sekarang dan mahu melakukan sesuatu demi masadepan anak cucu , maka bertindaklah dari sekarang !

– Sokonglah sapapun calon tunggal dari pakatan pembangkang ketika PRU14 nanti

Cara Pemberian BR1M Menghina Maruah Penerima

https://youtu.be/bXtt9sBLDAs

Mukhriz mengulas tentang BR1M yang kononnya mahu meringankan beban rakyat sebaliknya menambahkan beban rakyat.

– Lebih baik kalau ada pemimpin yang beri kita keupayaan untuk menjana pendapatan sendiri

– Cara pemberian BR1M dimana rakyat miskin dipaksa naik pentas untuk menerima sumbanganitu sebenarnya tak fikirkan tentang maruah orang yang menerima.

– Kita terima RM1200 BR1M tapi waktu sama secara puratanya kita bayar lebih banyak dalam bentuk GST hingga mencecah RM2000 setahun !

Penyamun Bentang Bajet, Boleh Percaya Ke ?

https://youtu.be/UzUPjnVCI8o

– Bajet yang diumumkan hanya indah khabar dari rupa. Bajet diluluskan tapi bila kementerian minta peruntukan, bajet dipotong ! Duit takde, projek batal.

– Apabila seorang yang kita akui sebagai seorang penyamun, membentangkan bajet … adakah kita akan terima Bajet itu ? Itu sebabnya ahli2 parlimen pembangkang keluar daripada dewan.

– Membaca dua rakap pantun Bajet

Ini pula aksi anak muda bernama Fendi Ahmad, seorang pensyarah kolej dalam bidang kewangan membidas Bajet Najib dengan cara yang menarik yang mudah difahami. Aksi dirakam sebelah petang di Ketapang Melaka semasa majlis santai bersama Muhyiddin.

Kena tonton ni !

Hutang Dah 800 Bilion, Bajet Pula Tambah Lagi Hutang 40 Bilion !

https://www.youtube.com/watch?v=sYWOc8OlJ9A

http://dinturtle.blogspot.com/Malaysia
/Malaysia Chronicle"

No comments:

Post a Comment