Thursday, 27 October 2016

Muhyiddin relates 1MDB PM Najib’s shame in Milan …


Muhyiddin relates 1MDB PM Najib’s shame in Milan …

After his powerful debate in Parliament, former Deputy Prime Minister, now Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) president, Muhyiddin Yassin is on the roll.

At a Pribumi volunteers’ gathering in Kuala Lumpur last night (Oct 27, 2016), Muhyiddin relates how it was too shameful to put up 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Prime Minister Najib Razak’s picture at an international expo in Milan in 2015.

Najib’s picture had to be taken down because it attracted corruption criticisms from visitors.

A video clip of Muhyiddin’s speech (in Bahasa Malaysia) is shared below.

Most of Pribumi’s events are in Bahasa Malaysia because the party’s aim is at toppling the Umno Malays and there are no reports from the Barisan Nasional (BN)-controlled mainstream (English) media:

"MEMALUKAN! BILA GAMBAR NAJIB DITURUNKAN DI EKSPO MILAN 2015 BILA RAMAI YANG MENCEMUH BELIAU

Malay, Politics | October 28, 2016 by | 0 Comments


Dalam ucapan Muhyiddin semalam dalam perjumpaan dengan sukarelawan Bersatu Kuala Lumpur, beliau ada menceritakan satu kisah yang menarik yang belum pernah saya dengar sebelum ini …. menarik sebab ia melibatkan Najib hehe

Menurut Muhyiddin, tahun lepas ketika masih menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau telah merasmikan Pavilion ( ‘khemah’ penyertaan ) Malaysia di Ekspo Dunia Milan 2015.

Katanya, di situ terpampang gambar YDP Agong dan juga gambar Najib .

Cerita yang saya terima sahih, daripada seorang kawan yang mana isterinya adalah seorang pegawai di Kementerian Perlancongan. Dia berkata bahawa gambar Najib itu diletakkan di hadapan.

Ketika pameran berlangsung, ramailah yang datang berkunjung ke Pavilion Malaysia yang sememangnya unik ( kena saksikan videonya, memang unik dan canggih ! ) Ramai juga pengunjung yang berhenti melihat gambar Najib sambil memberi komen ( yang didengar oleh pegawai itu ) –

I think i know this man. Dia kata dia kenal bukan kerana cerita baik tapi cerita soal rasuah yang telah dilakukan oleh Najib Razak !



https://www.youtube.com/watch?v=05hd5OKSnCA



Bila dah ramai yang beri komen sebegitu, dia terpaksa menurunkan gambar itu dan simpan di tempat yang lain.

Ini gambar Perdana Menteri Malaysia. Nasib baik gambar saya takde kat situ …. Jadi, apa maknanya ini ? Ini cerita ringan tapi maknanya cukup mendalam.

Bahawa ‘ kehebatan ‘ Najib ni sudah menjadi seantero dunia ! Semua orang tahu. Dan ini suatu yang agak memalukan satu hal, tetapi ia mempunyai implikasi yang cukup besar kepada Malaysia.

Kesan daripada situasi dan keadaan yang negara sedang hadapi ini …. cukup buruk.

Jika benarlah seperti apa yang diceritakan oleh Muhyiddin di atas ….. tak tahulah di mana lagi nak letak muka kita sebagai rakyat Malaysia bila berdepan dengan orang luar !

DI MANA MARUAH KITA ? ?

Kalau dah SATU DUNIA duk menuduh PM kita terlibat dalam rasuah dan penggubahan wang haram yang nilainya merupakan satu rekod dunia peradaban manusia, kenapa kita sebagai rakyat Malaysia masih mengekalkan beliau sebagai PM ?

Begitu juga tatkala satu dunia mentertawakan alasan Derma Pak Arab yang mengikut logik akal manusia, ia sesuatu yang tidak mungkin berlaku tapi kita di Malaysia pula boleh percaya kepada cerita dongeng sebegitu …. agak2 apa pandangan orang luar terhadap rakyat Malaysia ?

Ini bukan kes dakwaan biasa ….. di mana kita boleh kata selagi tidak didapati bersalah oleh mahkamah maka Najib tidak perlu letak jawatan. Tapi ini kes yang diperkatakan seluruh dunia ! Dan pihak2 penyiasat luar ( yang berstatus pihak berkuasa negara2 tertentu ) pula telah menemui bukti salah laku dalam skandal 1MDB dan sedang dalam proses menyaman pihak2 yang terlibat dalam lingkungan kuasa mereka.

PALING TIDAK PUN ….. Najib, jika beliau seorang pemimpin yang bertanggungjawab, seharusnya meletakkan kepentingan negara dan maruah rakyat Malaysia di depan, mendahului kepentingan peribadinya. Antara caranya adalah dengan BERDEPAN dengan segala dakwaan itu dan BUKTIKAN bahawa semua dakwaan itu tidak benar.

Kalau mereka ada bukti seperti contohnya DOJ dengan money trailnya, maka Najib juga seharusnya tunjukkan money trailnya sebagai bukti yang dana yang beliau terima itu adalah dari sumber sah sebagaimana yang didakwa beliau. Juga membuktikan bahawa penderma Arab yang satu dunia percaya sebagai satu cerita dongeng itu sememangnya wujud !

Adalah tidak logik juga kalau difikirkan, jika niat pak Arab itu murni, demi membantu saudara se Islam, seharusnya ketika Najib selaku orang yang dibantunya sedang berdepan dengan cemuhan dan hinaan dari seluruh dunia, beliau tampil bagi membuktikan cerita dongeng itu adalah betul.

Tapi kenapa pak Arab itu masih bersembunyi ? Kalau dah mati sekalipun, takkan saudara mara terdekatnya tidak tahu apa2 ? Yang paling penting – tunjukkan BUKTI yang wang itu memang datang dari beliau,

Semuanya ada bukti dalam bentuk dokumen transaksi dan penyata bank. Yang ini tak boleh lari. So …… DI MANA BUKTINYA DARI PIHAK NAJIB ?

Begitu juga dengan pihak 1MDB. Kenapa tidak tampil dengan bukti2 bagi menafikan dakwaan DOJ dan beberapa pihak lain lagi ?

ADA ATAU TIDAK BUKTI2 ITU ?

Najib mungkin sudah tidak ada maruah yang mahu dipertahankan lagi tapi kita rakyat Malaysia masih punya maruah !
DIN TURTLE/Malaysia Chronicle
"

No comments:

Post a Comment