Friday 28 October 2016

Khalid to 1MDB Najib: Give us reasons to tell the US DOJ to ‘go fly kites’


Khalid to 1MDB Najib: Give us reasons to tell the US DOJ to ‘go fly kites’

Only in Malaysia, the elected Members of Parliament cannot speak freely in Parliament.

And Amanah MP Khalid Samad has told 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Prime Minister Najib Razak in Parliament to give reasons for Malaysians to tell the US Department of Justice (DoJ) to “go fly kites”. (Video clip, in Bahasa Malaysia, shared below).

Also included in this blog posting are stories to keep visitors and regulars updated on Malaysia’s super hot political developments:

"NAJIB’S MASSIVE CHEAP SALES TO ‘TONGSAN CHINA’: YET NO SOUND FROM RED-SHIRTS OR IS THEIR SALIVA DROPPING AT THE THOUGHT OF HUGE ILLICIT LARGESSE (DEDAK)
Politics | October 29, 2016 by | 0 Comments


Sharifuddin Abdul Latiff says: Random thought for today .. 28th October 2016.

It’s reported that Najib plans to buy 10 littoral mission ships from China and will clinch the deal during his China visit next week. At RM300 million each, that will be RM3 billion in total.



Najib’s pivot to China include:

1. Selling 100% of 1MDB’s power assets,
2. Selling 60% of Bandar Malaysia to a consortium which has China as a partner, and,
3. Allowing his home state, Pahang, to export bauxite ores to China without addressing the environmental degradation (until recently).

Najib’s pivot to China MAY also include:

1. Assigning the East Coast Rail project amounting to RM60 billion (reportedly inflated from RM30 billion), and,
2. Assigning the the KL-Singapore HSR which is worth RM60-65 billion.

Wanna know what gets my kambing?

Najib’s pivot to China is utterly hypocritical of his administration’s dogged refusal to allow Chin Peng to be buried in Perak.


Chin Peng will want to know why the double standards, Najib!


Meanwhile … ‘Geng Merah’ tak marah ke melihat Najib beri laluan mudah kepada ‘Tongsan China’ untuk bertapak kat negara tercinta?

Atau pon ‘Geng Merah’ dah tahu dedak akan di tabur apabila duit haram di perolehi daripada projek2 tersebut di atas?

steadyaku47 comment : Saya share aja!
http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.my/
Malaysia Chronicle"

"NO WONDER NAJIB RAN AWAY FROM PARLIAMENT: CAUGHT ON VIDEO KHALID SAMAD TELLS HIM TO HIS FACE – THE REALITY IS YOU’RE A KLEPTOCRAT

Politics | October 29, 2016 by | 0 Comments


NAJIB…give us reasons to tell the US DOJ…”GO FLY KITES!”


https://www.youtube.com/watch?v=iY5eDafUXfk

http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.my/
Malaysia Chronicle"

"SON OF MURDERED BANKER URGES HUSNI TO EXPOSE NAJIB & HIS LAWLESS REGIME: COME CLEAN ON THE MILLIONS IN AMBANK FOR WHICH MY DAD WAS KILLED
Politics | October 29, 2016 by | 0 Comments


Former Minister of Finance II Husni Hanadzlah should raise the following issues in Parliament:

The Malaysian Attorney General (AG) has decided that Najib did not commit any wrongdoing on the USD681 million “donation”. He referred to wire transfers which showed the money went from an Arab to him. Case closed. (In fact, there are issues here on Bank Negara rules and whether AmBank is into money laundering, a crime punishable by penal law).

The US Department of Justice (DoJ) civil suit in a California Court showed the Arab was the channel for the USD681 million to go from 1MDB to Najib. According to a Sarawak Report, the Arab was paid USD70 million for being the channel. The MACC probably didn’t check this report on the USD70 million. Given the “new evidence” which turned up in the US DoJ civil suit, the MACC should re-open the USD 681 million case and submit their investigation papers to the AG. That’s the law on “new evidence”.

The AG also said that Najib returned USD620 million of the donation to the Arab because it was not “used”. Not used for what? That means Najib kept USD61 million. Did he pay taxes on it?

On RM43 million from SRC International that entered Najib’s account, the AG accepted his explanation that he (Najib) thought that it was part of the USD681 million when he was busy spending it to settle two credit card bills, totaling RM3 million, among others.The catch here is the RM43 million came in after the USD 620 million was returned.


Again, what’s the status on the RM43 million? Isn’t Najib going to repay the money? What’s the MACC’s and AG’s position on this? What is the police doing about the RM43 million?

Why did SRC transfer the money to Najib?

The story reported by the media was that the RM43 million was Najib’s “commission” for instructing KWAP, the retirement fund, to give a RM4 billion loan to SRC International. Did he pay tax on the RM43 million? The three top staff at SRC, including a lady, reportedly fled overseas. Apparently, they are still listed as staff of SRC International.

Where’s the Rule of Law on all the above issues?

Sincerely,

Pascal Najadi
Geneva, Switzerland - Malaysia Chronicle"

"APA LAGI NAJIB NAK JUAL KEPADA CHINA: BAHAYA TERLALU BERGANTUNG KEPADA BEIJING

Malay, Politics | October 29, 2016 by | 0 Comments


MULA-mula sekali permohonan berbanyak-banyak maaf kerana lama tidak buat posting baru. Maklumlah dalam usia macam saya, ada saja roadblock. Tapi Alhamdulillah dah ok dan berdaya menulis semula.

Kedua komen seorang kawan Facebook yang berbunyi: “Lumayan???? Apakah setiap kali peri (pergi)… Ada saja benda nak dijual kepada mereka…”

Petikan di atas adalah jawapan beliau kepada tampalan saya mengenai mesej Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak mengenai lawatannya ke China.

Dalam pesanan bertarikh 21 Oktober itu, Mohd Najib berkata: “Minggu hadapan, saya akan ke China pula. Doakan agar lawatan ini membawa kejayaan lumayan untuk negara kita.”

Pengulas yang curiga terhadap apa yang Mohd Najib akan rundingkan di China itu adalah seorang pesara PDRM berpangkat pengarah di Bukit Aman.

Kenyataan pegawai polis pencen itu mewakili perasaan ramai rakyat jelata Malaysia yang sedar mengenai bahaya terlalu bergantung kepada China.

Soalnya, tidakkah tindakan Najib seperti menggadaikan masa depan negara dan cucu cicit kita kepada China semata-mata kerana menimbus RM50 bilion hutang 1MDB?

Dalam beberapa hari selepas Najib meminta kita berdoa itu, dua perkembangan besar telah berlaku.

Pertama, Cai Zemin, Pengurus Besar Kereta Api China di Malaysia berkata sebuah Bandar bawah tanah terbesar di dunia akan dibina di Bandar Malaysia.
Cai Zemin menyifatkannya sebagai “permata yang bergemerlapan di koridor kereta api China.”

Ingat tu – “koridor kereta api China” – yang akan menghubungkan Asia Tenggara dengan Asia Timur, Asia Timur dan Asia Selatan.”

Seperti sesetengah orang telah sedia maklum, China Railway Group (CREC) dan rakam kongsinya, Inskandar Waterfront Berhad milik tauke (Tan Sri) Lim Kang Hoo kini memiliki 60 peratus saham syarikat yang akan memajukan Bandar Malaysia. Baki 40 peratus dipegang oleh 1BDB.

Kedua, pada 28 Oktober Kementerian Pertahanan mengumumkan melalui laman Facebooknya bahawa Malaysia akan menandatangani kontrak membeli kapal persisiran pandai daripada China. Menurut agensi berita Reuters tampalan itu ditarik balik apabila pemberitanya meminta jurucakap kementerian mengulas ucapan Hishammuddin Hussein itu.


Saya dimaklumkan ketika lawatan saya ke Jepun antara 10 dan 16 Oktober lalu yang kerajaan Jepun ingin menawarkan secara percuma bekas kapal pengawal pantainya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Tapi kalau setakat membuat tawaran kepada APMM dan secara percuma mungkin susah berjaya sebab bila percuma tentulah tidak ada unsur komisen.

Dalam lawatan kali ini dia dipercayai akan cuba “menjual” beberapa buah projek raksasa lagi termasuklah kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura dan Landasan Kereta Api Pantai Timur.

Jual Harga Lelong

Sebelum Bandar Malaysia, 1MDB yang Najib sendiri asaskan dan menjadi pegawai nombor satunya (MO1 kata Abdul Rahman Dahlan) telah menjual kilang penjana elektrik bebas (IPP) kepada China General Nuclear Company dengan “harga lelong” RM9.2 bilion.

Saya kata “harga lelong” sebab 1MDB membeli kilang-kilang IPP hujung usia itu daripada pemilik Cina, Melayu dan India Malaysia dengan harga tinggi.

Ikut perjanjian konsesi antara kerajaan dan pemilik IPP berkenaan, kilang-kilang itu akan jadi milik TNB apabila habis tempoh konsesi kalau tidak disambung dengan bayaran antara RM50 hingga RM100 saja.

IPP Malaysia itu adalah antara 13 kilang elektrik di lima buah negara yang dijual oleh anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy, kepada China Nuclear tahun lalu.

Penjualan murah itu mencetuskan dua ramalan sensasi. Pertama 1MDB kesesakan wang dan sanggup tanggung kerugian dianggarkan RM3 bilion. Kedua RM3 bilion dibayar bawah meja bagi menyelesaikan sebahagian hutang 1MDB.

Tetapi 1MDB menafikannya. Ia berkata harga itu berpatutan kerana syarikat milik negara China tersebut turut mengambil alih hutang Edra. Rancangan asal ialah menjual saham Edra untuk mengumpul modal tetapi dirasakan tidak “viable” apabila skandal 1MDB meledak.

Penjualan 60 peratus saham Bandar Malaysia kepada China Railway Group (CREC) dan Iskandar Waterfront Berhad juga menjadi tanda tanya kerana ia bukanlah pembangunan teknologi tinggi yang kita tidak ada kepakaran.
Kita Tidak Mampu?


Pertanyaan timbul apakah kita memerlukan modal dan kepakaran China untuk membina Bandar Malaysia, bandar kita sendiri, sedangkan kita ada banyak syarikat tempatan seperti Sime Darby, SP Setia, MRCB dan Boustead yang telah berjaya membina projek seperti itu atau lebih besar?

Kalau Sime Darby, SP Setia dan KWSP mampu membangunkan bandar orang putih di tapak kilang penjana elektrik Battersea di London adakah mereka tidak berdaya memajukan Bandar Malaysia?

Siapakah yang memajukan KL Sentral kalau bukan MRCB dan Kompleks Menara Kembar Petronas kalau bukan Petronas sendiri?

Apakah syarikat kita tidak ada modal sehingga perlu bergantung kepada China?

Siapakah yang meminjamkan modal kepada 1MDB untuk membeli tapak Bandar Malaysia dan TRX daripada kerajaan kalau bukan tabung-tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk Tahung Haji, KWSP dan KWAP?

Apakah Tabung Haji, KSWP, PNB dan LTAT disuruh berpakat memajukan Bandar Malaysia menggunakan modal dan kepakaran tempatan?

Bukankan memberangsang bagi anggota dan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalau LTAT turut terbabit memajukan Bandar Malaysia kerana tapak itu dulunya milik TUDM?

Mengapa China?

Adakah kerana China ada modal dan kita telah kemuflisan modal?

Adakah kerana China ada kepakaran tetapi kita ketandusan kepakaran?

Atau adakah hanya China sanggup memberi hutang kepada kerajaan pimpinan Mohd Najib ekoran skandal global 1MDB?

Atau ada udang lobster gergasi di sebalik batu karang dalam penjualan aset negara kepada negeri China?

Baju Merah ditipu, diguna oleh Najib?

Seperkara lagi kalau kita tidak buta sejarah dan tidak buta politik, kita tentu sudah lama nampak bahawa China hari ini bukan China pada tahun 1405.

Pada tahun 1405 hingga 1433, Laksamana Zheng He atau lebih kita kenali sebagai Cheng Ho mengepalai armada China ke Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Barat dan barat Afrika dalam misi tinjauan dan persahabatan.

Hari ini armada Tentera Rakyat China melayari Laut China Selatan dan Utara bagi menunjuk kekuatan dan memperluas tuntutan.

Kalau kita ada otak, kita perlu berasa bimbang dengan hegemoni baru China ini. Lihat bagaimana “politik” China sedang mengganggu gugat konsensus Asean dan dasar berkecualinya!

Atau Najib secara sedar atau tidak sedang mematikan legasi Allahyarham Tun Abdul Razak yang mahukan Malaysia dan China bersahabat sama rata bukan China mendomasi kita dengan wang ringgit.

Aneh, di saat orang Umno dipropagandakan supaya takut dan benci kepada Cina DAP Presiden mereka sendiri sangat intim dengan negeri China sehingga menyerahkan projek strategik (kereta api dan kawalan laut) dan ikonik (Bandar Malaysia) kepada syarikat milik pemerintah China.
http://kadirjasin.blogspot.my/
Malaysia Chronicle"

No comments:

Post a Comment