Monday, 24 October 2016

Muhyiddin: Big Budget 2017 but where’s the money?



Muhyiddin: Big Budget 2017 but where’s the money?

Former Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, now Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) president, was at his party’s public rally in Malacca on Sunday (Oct 23, 2016).


The rally, attracted a crowd of 4,000 people, possibly signalling Pribumi’s gathering of political steam and momentum to rock 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Prime Minister Najib Razak’s Umno-led Barisan Nasional (BN) ruling coalition.

No News Is Bad News shares with Bahasa Malaysia-literate visitors and regular readers this Malay blog posting that comes with four video clip links of Muhyiddin’s speech at the rally:



"SYIOK SENDIRI NAJIB UMUM BELANJAWAN BESAR TAPI DUITNYA TAKDE! VIDEO MUHYIDDIN KECAM PM DI MELAKA SEMALAM
Malay, Politics | October 25, 2016 by | 0 Comments



Di bawah adalah sedutan video ucapan Muhyiddin semalam di Jasin Melaka.: Umum Belanjawan Besar Tapi Duitnya Takde !

Sesuatu yang tidak diceritakan dalam Belanjawan itu, bagaimana soal dia nak menyelesaikan hutang besar negara ni ?

Memang belanjawan dulu tak disebutkan tapi lebih keadaan sekarang ni, waktu mana negara tidak punyai cukup sumber, hasil negara sudah merosot disebabkan kerana harga minyak dunia sudah menurun, pendapatan negara hasil cukai tidak seperti dahulu … maka bagaimana nak menyelesaikan tanggungan besar ni ? Itu tidak disebutkan.

https://youtu.be/sssTHCtNLT8

Menceritakan pengalaman beliau sewaktu menjadi Menteri Pendidikan dulu, peruntukan memang sudah diluluskan oleh Parlimen tapi yang berlaku bila permohonan dari kementerian diajukan, nilai yang dipohon akan dipotong. Apalagi dalam keadaan sekarang dimana aliran tunai tidak ada.

Duit itu tidak ada. Nampak ada tapi idak ada!

Kerana dana yang ada terpaksa digunakan oleh kerajaan untuk bayar hutang2 termasuk hutang 1MDB.

Situasi negara ini sudah berada dalam keadaan yang cukup teruk. Isu 1MDB itu saja tidak dapat dijelaskan

Satu Lawan Satu – Semua Parti Pembangkang Setuju Berunding

https://youtu.be/LSsdAMra9Zs

Muhyiddin bercakap tentang perkongsian kerusi antara pakatan parti2 pembangkang.

Yang kita nak tanding ialah kawasan2 yang mereka sudah kalah. Kalau mereka sudah menang , jangan sentuh.

Kemenangan kita tentu tidak boleh menjamin untuk kita membentuk kerajaan tetapi kemenangan kita menokok apa yang kurang supaya kerusi itu cukup untuk membentuk kerajaan.

Kita sudah bincang dan nampak ada respon yang agak luarbiasa. Baru2 ni kita sudah hantar surat kepada pihak Pas yang beritahu kita duduk runding secara resmi. Alhamdulillah …. nanti kita akan duduk runding macamana nak wujudkan kerjasama.

Begitu juga parti2 pembangkang yang lain termasuk Anwar Ibrahim yang setuju untuk bincang mencari jalan untuk menjalin kerjasama itu.

Apa masalahnya Kerjasama Dengan Dap ? Dap Tak Curi Duit Rakyat

https://youtu.be/rv4SZbOCris

Banyak negara didunia menyelar Najib sebagai korup, imej negara rosak, negara dilabel paling korup di dunia … Malu kita !

Slogan Malaysia Boleh! bukan maksud boleh jadi korup. Bukan menjadi Juara Mencuri Wang Rakyat !

Maka pimpinan peringkat awal memutuskan kita harus menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Pada mulanya Muhyiddin tertanya2, bagaimanakah agaknya respon rakyat kepada perjuangan parti baru ? Alhamdulillah … nampaknya sokongan agak luarbiasa !

Bukan niat mahu menjadi PM tapi kerana mahu menyelamatkan Malaysia terutamanya generasi akan datang agar tidak hidup tersiksa dan susah angkara kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.

Namun untuk berjaya, harus bekerjasama dengan parti2 pembangkang lain.

Termasuk dengan parti DAP … orang kata TanSri nak bekerjasama dengan Dap ? Dap kan buat gitu buat gini ….. buat apa ? Dia curi duit rakyat ? Siapa curi duit rakyat ? Bukan Dap … apa masalahnya ?

Hikmah DiBuang Supaya Tidak Terjebak Bersama Kemungkaran Najib

https://youtu.be/HxFB6uJejbg

Muhyiddin tidak berasa terkilan mahupun menyesal kerana telah dipecat, menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai ketentuan Allah.

Buruk baiknya datang daripada Allah. Mungkin digerakkan hati Najib untuk menyelamatkan saya ….. Allah kata, kamu keluarkan Muhyiddin supaya tak terjebak bersama2 dengan Najib, dengan perbuatan mungkar yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri itu.

Ini adalah satu hikmah. Satu pemberian Allah. Kerana tidak mahu lihat saya bersyubahat dengan perbuatan mungkar, Allah ketepikan saya supaya tidak duduk bersama dengan Najib lagi. … ( tapi kini ) duduk bersama Tun Mahathir dan rakan2 yang ada di sini.
DIN TURTLE/Malaysia Chronicle
"

No comments:

Post a Comment